);

3 Sebab Kena Lakukan Squat Untuk Dapatkan Otot Biceps Yang Besar & Mantap

Senaman ini bukan sahaja memfokuskan pada pembakaran kalori tetapi meningkatkan kekuatan otot. Lagi banyak otot yang anda bina, lagi tinggi metabolisme anda. Lakukan rutin senaman ini untuk  tiga kali seminggu dan sebanyak 20 hingga 30 pengulangan. Kemudian rehat 1 minit dan lakukan sebanyak 3 hingga 4 circuit/set.

Pelik, orang kata nak besarkan biceps kena rajin-rajin squat. Apakah kaitan biceps dengan squat dan macam mana pula squat boleh membesarkan biceps? Secara katanya, ia tidak berkaitan, tetapi jika dilihat lebih dalam, ada benarnya juga! Jadi, mari kita lihat bagaimana squat boleh membantu anda untuk membesarkan biceps dan bahagian-bahagian otot lain.

Natural Testosterone Booster

Hormon testosteron menjadi keagungan dunia bina badan. Inilah hormon yang akan buat badan anda berketak-ketak dan jadi lebih kuat. Nama lain hormon ini, orang panggil hormon jantan. Squat yang berat mampu meningkatkan kadar rembesan hormon testosteron sekali gus membantu memberikan anda fokus semasa latihan dan lebih rangsangan hypertrophy.

Core Yang Lebih Kuat

Apabila core anda kuat dan kukuh, ini boleh mendorong kepada senaman yang lebih efektif. Anda juga dapat gunakan bebanan yang lebih tinggi daripada biasa. Kalau core anda lemah, susah untuk mengekalkan form yang baik, lantas anda terpaksa kurangkan bebanan dan kuranglah juga rangsangan tumbesaran. Antara senaman terbaik untuk biceps yang memerlukan core yang sangat kuat ialah barbell row yang betul-betul berat.

Kaki Yang Kuat

Seiring dengan core yang kuat, kaki yang kuat juga akan bantu anda untuk membina biceps yang lebih besar melalui senaman deadlift. Kalau Admin kata squat dan deadlift adalah seperti abang dan kakak, squat dan biceps pula adalah seperti saudara-mara. Ia tetap berkait walaupun jauh. Deadlift memerlukan kekuatan seluruh badan, dan biceps juga berperanan dalam senaman tersebut. Percaya atau tidak, ramai yang boleh deadlift berat-berat turut mempunyai biceps yang besar-besar.

Squat adalah senaman yang baik untuk membina otot dan membakar lemak, malah untuk membina stamina. Bohonglah kalau anda cakap boleh buat 10 rep squat yang berat-berat dan tak rasa penat sikit pun. Ada yang lepas buat 1 set squat pun terus nak balik sebab rasa mcam dah cukup. Ternyata tidak sebab itu hanyalah perasaan malas memukau diri. Rajin-rajinkan untuk berlatih squat dan jadi lebih kuat untuk gunakan bebanan yang berat!

Sumber : Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Via :mesotropin

Add Comment