);

Cara mengenal barangan yang diperbuat daripada kulit babi

Rata-rata kita tahu bahawa kulit babi banyak digunakan dalam produk-produk atau barangan yang diperbuat daripada kulit. Kalau tidak diperhatikan betul-betul, mungkin kita akan terbeli barangan tersebut. Oleh itu, kalau nak membeli barangan kulit, eloklah dibelek-belek dulu luar dan dalam supaya tidak terbeli barangan daripada kulit babi.

Mungkin juga ramai yang sudah tahu cara mengenal kulit babi ini, walau bagaimanapun eloklah kita kongsi bersama info ini, untuk kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti sama ada kasut kulit atau barangan lain seperti tali pinggang, sarung telefon bimbit, beg tangan, purse, wallet dan lain-lain yang dijual diperbuat daripada kulit babi?

Petuanya, perhatikan betul-betul corak pada kulit kasut atau barangan tersebut, dan jika anda menjumpai corak 3 titik yang seragam, kemungkinan besar ia adalah kulit babi.

Cara untuk mengesyakinya ialah:

1. Harganya lebih murah daripada kasut atau barangan kulit yang lain.
2. Kebiasaannya kulit babi ini dipasang pada bahagian dalam kasut atau beg tangan sebab ia lembut, kadang-kadang agak tersorok.
3. Paling banyak didapati pada kasut kanak-kanak perempuan.
4. Banyak juga terdapat pada beg tangan, purse (sebelah dalam), kasut wanita (perhatikan betul-betul kerana produk yang ada brand pun banyak menggunakan kulit babi ni) dan sandal lelaki.

Add Comment