);

Lakaran potret wajah YB Masidi Manjun, Menteri Pelancongan kebudayaan Sabah gadis comel ini berjaya menarik perhatian netizen. ini komen YB yang mengejutkan Netizen.

Lakaran potret wajah YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun II, Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, oleh Siti Aishah Maisin, atau nama pena FBnya Ecah Maisin, berjaya menarik perhatian netizen yang kagum dengan kemahirannya dalam menghasilkan seni potret wajah.

Beliau merupakan seorang graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Fine Arts dari Universiti Teknologi Mara, berasal dari Kg Pahu, Ranau, mula menghasilkan karya seni secara serius ketika masih didalam pengajian diploma lagi.

Siti Aishah Maisin telah lama memendam hasrat untuk melakarkan potret wajah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun disebabkan rasa kagum terhadap pemimpin itu yang gadis tersebut sifatkan sebagai pemimpin yang memberi inspirasi dan sanggup turun padang bersama anak2 muda.

Gadis muda ini juga turut mempamerkan karya2 seni dalam galerinya didalam Laman FB yang diberi nama SeniSumandak, dan mengharapkan agar lebih ramai netizen untuk meluangkan masa melawat galeri maya beliau sambil menikmati hasil2 seni yang telah beliau hasilkan.

Rasa cinta kepada seni telah mendorong beliau untuk berhenti kerja sebagai Pereka Grafik di salah sebuah butik di Malaysia untuk berkarya secara sepenuh masa dalam Fine Arts, dan kini menerima tempahan daripada orang ramai yang inginkan sentuhan ajaib daripada Siti Aishah sendiri.

UMNO P179 Ranau mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepada Siti Aishah Maisin!

Kredit :

Meng Senyum

INI KOMEN YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, di instagram beliau :

Antara hasil seni yang di hasilkan oleh beliau:

jika anda ingin mendapatkan hasil seni beliau boleh la berhubung terus dengan beliau di facebook :

FBnya Ecah Maisin

Apa2 pun abg ali nk ucapkan selamat maju jaya kepada anak muda malaysia! Tahniah.. team abg ali doakan supaya gadis comel berkenaan di angkat menjadi pelukis terkenal pada masa akan datang.. harap pihak yang berkenaan boleh ambil tindakan  supaya galeri lukisan seni sumandak boleh di wujudkan, kot2 boleh jadi tarikan para pengunjung ke malaysia terutamanya dalam industri pelancongan sabah..  apa pun Chayo2.. malaysia boleh!! Sabah boleh!!!

Add Comment