);

AWAS! Berus Solekan Anda Mungkin Dibuat Dari Bulu Khinzir. Ini Ciri-Ciri Berus Bulu Khinzir Yang Wajib Diketahui

Dalam kehidupan seharian, kita banyak dihadapkan dengan peralatan yang memberi kemudahan kepada kita. Tetapi adakah kita ambil tahu tentang peralatan tersebut halal atau sebaliknya? Antara perkara yang akan saya sentuh adalah peralatan berkaitan dengan berus seperti berus cat rumah, berus blusher, berus cat lukisan dan sebagainya. Jom kita tinjau berus yang berunsurkan bulu khinzir atau babi.

Kebanyakan berus yang murah dari China diperbuat daripada bulu khinzir. Ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:
-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau —
keras.
-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah telah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain dan inilah salah satu hikmah disebaliknya – agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya oleh kerana sebahagian besar daripada kita mengambil sikap acuh tidak acuh dalam hal kecil seperti ini. Walaupun ia kelihatan kecil tetapi kesannya begitu besar kepada diri kita tanpa kita menyedarinya.

Cara Membezakan Berus Bulu Babi dan Berus Lain

Pembakaran Berus

Rambut atau bulu adalah protein yang dipanggil keratin. Keratin adalah salah satu daripada sekumpulan protein yang dikenali sebagai gentian protein.Gentian Protein mempunyai struktur panjang. Setiap haiwan mempunyai protein keratin dalam dermis (permukaan) pada kulit, kuku, paruh, sirip ikan, dan tanduk haiwan. Dalam kes protein, rambut / bulu yang mengandungi keratin apabila dibakar akan menghasilkan satu bau khas. Bau yang sama seperti apabila kita bau daging panggang.
Jika berus yang diperbuat daripada gentian sawit atau serat apabila dibakar akan segera terbakar, dan tidak mengeluarkan bau yang khusus selain daripada bau pembakaran.

Memiliki Cabang Tiga

Babi adalah satu-satunya haiwan yang bulunya memiliki cabang tiga pada hujungya. Jika anda melihat berus anda memiliki cabang tiga pada hujungnya,lebih baik anda cuba elakkan.

Berus Bristle

Selain ciri-ciri yang dinyatakan, berus yang diperbuat daripada bulu / rambut masih babi mempunyai perbezaan dalam warna. Berus yang diperbuat daripada bulu / rambut babi biasanya putih dan lembut.Harganya pula adalah lebih tinggi daripada berus jenis lain yang memiliki ciri sama. Berus putih dari bulu babi ini dipasaran biasanya disebut berus Bristle.Kita seharusnya berhati-hati dalam membeli membeli berus . Elakkan membeli berus yang tertulis Bristle. Mungkin berus yang anda beli akan anda gunakan untuk mengecat rumah dan sebagainya. Dah tentu anda tak mahu rumah anda dilumur dengan najis.Andai kata anda masih ragu-ragu dengan berus yang anda beli, lebih elok anda menjalankan ujian seperti yang MG nyatakan di atas. Semoga sedikit info ni akan bermanfaat untuk kita.

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّٰـهِ بِهِۦ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا۟ بِالْأَزْلٰمِ ۚ ذٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلٰمَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللّٰـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿المائدة:٣﴾

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Al-Maidah, Ayat 3)

Jadi, mulai hari ini berhati-hatilah dengan peralatan yang berasakan bulu. Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi.

Add Comment