);

IBU ADALAH SEORANG PENIPU BESAR!! (Sebagai Anak WAJIB lakukan 11 Tanggungjawab Ini) Sentiasalah Berdoa Dan jagan lah Kita Derhaka

Seorang yang bergelar ibu telah dianugerahkan anak hasil perkahwinan samada secara sah atau tidak disisi hukum dan undang2.Tetap dipanggil ibu setelah melahirkan anak dari rahimnya sendiri samada secara redha atau terpaksa.Itulah panggilan yg agung untuk seorang wanita ..ibu.

Ketahuilah wahai anak2 semua,ibu kalian adalah seorang penipu!!!pembohong besar!!!!kepada kalian sejak kamu lahir sehinggalah saat akhir hayatnya.Teruskan membaca sehingga kalian semua anak2 faham kenapa ibu berbohong dan digelar sebagai penipu besar!!!

Situasi 1.
Seorang ibu telah selamat melahirkan anak yang comel setelah berjuang berhabis-habisan.Datang si ayah kepada ibu lalu bertanya..

“Sayang,bagaimana? sakit?”

Jawab ibu,

“alhamdulillah,saya ok,gembira melihat anak kita yang comel.”

Sebenarnya ibu sangat sakit setelah melahirkan anak,tidak ada penyakit yang sangat sakit lebih dari sakitnya melahirkan anak.Ibu ternyata menyembunyikan rasa sakit,hampir tercabut nyawa saat meneran anak untuk melihat dunia yang fana ini.Ibu berbohong kepada ayah(suaminya) yang dirinya sihat,ok dan sentiasa bersyukur pada Allah.
Itu pembohongan 1 seorang ibu demi anak.

Situasi 2
Sejak siang sampai malam anak yang baru lahir sering merengek,menangis, Mungkin kembung perut,perlu susu,lampin basah atau kesihatannya terganggu. Sejak itu ibu tidak keruan,berbagai usaha dilakukan untuk menenangkan si anak. Larut malam,ibu masih tidak dapat tidur lena.Tiba2 ayah bertanya,

“Sayang,tidurlah,biar abang yang menjaga anak kita.kamu pasti mengantuk”.

Jawab ibu,

“Tidak mengapa,abang tidurlah dulu.Biar saya yang mendodoi anak kita sampai lena.Saya belum mengantuk lagi.”

Sebenarnya ibu ini sangat mengantuk,letih dan ingin tidur lena .Namun demi anaknya,sanggup berkorban mata dan menipu suaminya dengan mengatakan dirinya belum mengantuk.Semuanya demi menjaga anaknya yang tidak nyenyak tidur.
Ini merupakan pembohongan ibu yang ke 2 demi anak kesayangannya.

Situasi 3
Suatu hari ibu terlalu berkeinginan untuk makan sedap.Sudah lama tidak menikmati makanan sedap.Bila ada rezki diterima,ibu sudah menulis senarai bahan utk dibeli bagi memasak makanan sedap menu hari tersebut.Terliur sudah perasaan ibu membayangkan masakan sedap.Tiba-tiba ibu ingin membancuh susu anak,alangkah terkejutnya ibu melihat susu anak hampir kehabisan.Ibu terus menyuruh suaminya pergi ke kedai utk membeli susu.Maka duit utk membeli bahan masakan yang sedap terpaksa dikorbankan.Bila suaminya bertanya,

“Bukankah duit ini utk membeli bahan masakan hari ini,sayang?”

Ibu menjawab,

“Tak mengapalah bang,susu anak lebih utama.Kalau ada rezki,lain kali saja kita makan sedap”

Ibu berbohong lagi sedangkan sudah terliur dan terbayang menu yang bakal dimasaknya.Tertelanlah air liur kehampaan ibu demi anaknya.
Inilah penipuan ibu yang ke 3.

Situasi 4
Suatu hari si anak sudah tiba masanya utk pergi ke sekolah seperti anak2 yg lain.Anak ini sudah membayangkan baju seragam sekolah,beg cantik,kasut baru dan peralatan sekolah yang lain,cantik dan canggih. Si anak telah menyuarakan hasratnya utk memiliki itu semua kepada ibunya. Si ibu telah mencongak jumlah wang utk melengkapkan,ternyata duit simpanan tidak mencukupi. Ibu teringat akan seutas rantai emas miliknya. Tanpa berlengah ,ibu menggadaikan rantai kesayangan,hasil titik peluhnya utk mendapatkan sejumlah duit yg cukup bagi menyekolahkan anaknya.Ayah telah mempersoal kenapa ibu perlu menjual rantai emas kesayangannya. Ibu menjawab,

“Tak mengapa abang,biarlah dulu,lagi pun saya tidak memakainya”

Sebenarnya hati ibu terlalu berat dan dengan linangan airmata ibu mengorbankan rantai kenangan hasil titik peluhnya.Ibu berbohong lagi demi anak kesayangannya.
Bukti penipuan ibu yang keempat.

Situasi 5
Suatu hari ibu sangat sibuk dengan mengemas ,menyiap kerja di rumah. Dari pagi sehingga tengahari.Ibu terasa sangat lapar untuk makan.Ibu terus memasak ,kebetulan anak2nya dan suami akan balik dari pejabat.Malangnya hanya 3 ekor udang dalam peti sejuk.Semasa ibu memasak,ibu sudah terbayang akan masakan tengahari itu.Makanan yg siap dimasak dihidangkan di atas meja.Tidak lama kemudian,anak dan suami pun sampai.Ibu juga tidak sabar menanti mereka untuk makan bersama.Sambil ibu masih mengemas di dapur,anak2 dan suami telah berada di meja makan .Masing2 telah mengambil hidangan dan makan.Ibu juga berasa sangat lapar.Tangannya terketar2 menahan lapar.Bila ibu cuba mengambil menu untuk makan,alangkah terkejutnya ibu,makanan kesukaannya telah tiada,Ibu rasa sangat kecewa,namun perasaan kecewanya disembunyikan.Si anak perasan ibu mahu makan masakan tersebut dan membahagi kepada ibunya.Apa jawapan ibu,

“Tak mengapa,makanlah kamu,ibu tak minat makan masakan itu.Ibu sudah kenyang”

Ibu tolak .Ibu menahan hati demi menjaga keinginan dan perasaan anaknya sedang ibu memang perlu makanan tersebut dan ibu tersangat lapar.
Inilah penipuan ibu yang ke 5.

Situasi 6
Anak ini telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.Sekurang-kurangnya memerlukan perbelanjaan yang besar. Hari2 si anak membayangkan betapalah hebatnya apabila sudah sampai ke menara gading.menaiki kapal terbang dan terbayang akan segolong ijazah yang bakal diterimanya suatu hari ini.Semuanya telah disuarakan kepada ibu.Siang malam juga si ibu memikirkan cara bagaimana utk merealisasikan impian anaknya.Ibu mula terbayang mencari pekerjaan yang boleh mendapatkan hasil.Malam hari ibu membuat kuih muih dengan mengorbankan tidur lenanya demi menghasilkan pendapatan yang banyak keesokan harinya. Si anak bertanya,

“Ibu,kenapa bekerja sampai larut malam? Ibu pergilah tidur,jagalah kesihatan ibu”

Ibu menjawab,

“Kamu tidurlah dulu,nanti pening kepala kamu esok.Ibu belum mengantuk lagi”

Apa yang sebenarnya ibu tersangat mengantuk ,kadang2 ibu tertidur di tepi besen kuih-muihnya.Ibu keletihan dan lesu.Demi anak,ibu berbohong dan mengorbankan tilam empuk dan mimpi indahnya.
Buktinya ibu seorang yang sangat penipu.

Situasi 7
Semasa si anak di pusat pengajian tinggi,anak ini kesuntukan wang. Tanpa berlengah si anak menelefon ibu meminta kirim sejumlah wang dengan kadar yg segera.Ibu kebingungan lantas siang malam berdoa dan berusaha utk mendptkan sejumlah wang.Tiba-tiba ibu terfikir akan wang simpanannya untuk menunaikan haji suatu ketika nanti.Ibu bertahun2 menyimpan dari jumlah yang sikit,dengan cara yg istiqamah dengan berharap suatu masa nanti,dia akan dapat menunaikan fardu haji seperti orang lain.
Dengan linangan airmata sedih,ibu pergi ke pejabat tabung haji utk mengeluarkan simpanan yg baru hendak berputik.Tanpa meninggal sesen pun ,ibu telah mengeluarkan kesemuanya.Ibu terus bank-in duit itu kepada anaknya.Tiba2 si anak menelefon dan bertanya,

“dari mana ibu dapatkan duit sebanyak itu?
Ibu memberitahu keadaan yg sebenarnya. Si anak bertanya lagi,

“Kenapa ibu korbankan simpanan untuk menunaikan haji?”

Ibu menjawab,

“Tak mengapa,biarlah kamu pakai untuk bayar yuran kamu.Bila2 ibu boleh simpan lagi”

Si ibu sebenarnya sangat sayu hati …jika hajat utk menunaikan fardu haji tidk tercapai,sedangkan usianya semakin tua dan wang simpanannya semakin terganggu sejak menyekolahkan anaknya.Demi anak ibu berbohong lagi.
Penipuan ibu yang ke 7

Situasi ke 8.
Suatu hari ibu sakit terlantar.Si anak balik menziarahi ibunya.Ibu tidak bergerak di atas katil,semua anggota badannya terasa sakit dan tidak berdaya. Si anak bertanya,ibu,bagaimana kesihatan kamu?Ibu menjawab,alhamdulillah,ibu tak apa-apa,ibu sihat.Kedua-dua mata menyaksikan ibu terlantar tak berdaya,tapi lidah tak bertulang,ibu sekali lagi menipu dengan mengatakan dirinya sihat dan tetap ucap syukur pada Allah.Sebenarnya ibu bertarung nyawa dengan penyakit yang dihidapinya.Demi anak tercinta,tidak mahu anaknya terganggu maka sihatlah jawapan yang diberi.
Penipuan ke 8 oleh seorang ibu.

Situasi 9
Si anak minta diri utk pulang ke tempat kerjanya.Hati si ibu telah gusar,jika anaknya pulang,tentulah anaknya tidak akan bersamanya di saat akhir hidupnya.Namun si anak tetap mahu pulang tanpa mengetahui isi hati si ibu.Ibu,saya minta diri dulu ya.Jaga diri ibu baik2 dan jangan lupa makan ubat,nanti cepat sembuh.Sebenarnya kehadiran anak kesayangan adalah ubat paling mujarab bagi si ibu .Alangkah hiba hati ibu dan bila melihat si anak berangkat.Airmata disembunyikan .Semasa bersalam,si ibu sempat berpesan,jaga diri kamu baik2,buat kerja dengan baik.Pergilah…ibu sihat,pandailah ibu jaga diri ibu nanti.Ibu terus menipu anaknya.Keberangkatan si anak dihantar dengan senyuman kasih .Ibu masih mampu tersenyum untuk si anak.Sebenarnya si ibu mahu anaknya sentiasa berada disisinya saat sakit begini.Ibu dahagakan kasih sayang,belaian,layanan si anak,namun segalanya terpaksa dipendamkan di lubuk hati.Ibu semakin ligat membuat penipuan walaupun saat sisa hidupnya .

Situasi 10
Si anak ingin membawa ibunya melancong .Ibu menolak dengan mengatakan dirinya tidak mampu untuk bergerak bebas. Pada hal ibu pernah mengimpikan untuk ke luar negara,melihat kota dan melawat beberapa tempat yang bersejarah.Malangnya usia dan kesihatannya tidak mengizinkan,maka pelawaan anaknya ditolak.Ibu seringkali membayangkan keindahan kota yg hebat yg pernah didengar atau dilhat melalui tv.Ibu menipu si anak dengan menyuruh anaknya pergi melancong tanpa membawanya. ibu tidak mahu menyusahkan anaknya dengan keadaan dirinya. Impian tetap berkubur .
Penipuan yang 10.

Situasi 11
suatu malam,Si ibu rasa rindu akan anaknya.Si anak tiba2 menelefon ibu dan bertanyakan khabar.Ibu dengan suara terketar2 menjawab,Ibu sihat,alhamdulillah.Si anak rasa senang hati dan setelah beberapa minit bercakap si anak meletakkan telefon.Sebenarnya si ibu sangat rindu dan ingin meminta anaknya balik.Namun setelah mendengar tentang kesibukan anaknya dengan tugas2 kerja di pejabat,si ibu tidak kesampaian utk menyuruh anaknya balik menemuinya saat akhir hidupnya.Si ibu terus menangis dalam kerinduan.Si ibu berpesan,tak payah balik,teruskan kerja kamu,nanti boss kamu marah jika selalu minta cuti.Si ibu akhirnya nazak dan meninggal dunia dalam kerinduan untuk menatap wajah anaknya.
Penipuan ke 11 dan berakhirlah penipuan ibu.

Sebenarnya banyak penipuan yg telah ibu-ibu lakukan dan katakan kepada anak2,suami,masyarakat demi menjaga hati dan mengekalkan kasih sayang antara ibu dan anak.
Selamilah hati ibu,wahai anak2.Penipuan ibu ini wajar diteruskan atau dihapuskan dari diari hidup yang bergelar ibu.

 

11 Tanggungjawab Anak terhadap Ibubapa

Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibu bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banyak.

Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:

  1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
  2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
  3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
  4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
  5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa’

” Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil”

  1. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
  2. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
  3. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
  4. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
  5. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasa bakti yang telah dapat dinikmati.
  6. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.

Renung-renungkan…………. terima kasih

Add Comment