);

8 Tanda-Tanda Rumahtangga Anda Terkena Sihir

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:

1.Suami atau isteri atau kedua-duanya
sekali tidak berasa hendak melakukan
hubungan seks. Jika berlaku hubungan
pun, sangat kurang nikmatnya.

2.Suami (atau ada juga isteri) berasa
sangat rimas berada di rumah tetapi
berasa tenang apabila berada di luar
rumah.
Isteri (atau ada juga suami) berasa
sangat tidak selesa apabila
pasangannya pulang ke rumah.

3.Suami atau isteri terlihat pasangannya
kelihatan hodoh.

4.Mudah bertengkar walaupun dalam hal-
hal yang kecil.

5.Suami berasa mudah untuk memberi
cerai, ataupun isteri mudah untuk
meminta cerai apabila berlaku
perbalahan.

6.Suami atau isteri sering diganggu
mimpi-mimpi buruk.

7.Suami atau isteri beberapa kali
melihat lintasan atau bayangan sesuatu
di dalam dan di sekitar rumah.

8.Suami atau isteri sering mengalami
kesakitan yang tidak jelas puncanya
seperti sakit kepala, sakit di perut,
sakit kaki tangan dan sebagainya.

Sekiranya ada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.

Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat.

Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:

1.Pastikan tidak ada gambar-gambar dan
lukisan makluk bernyawa yang
dipamerkan (di dinding, almari, meja
dan lain-lain). Begitu juga dengan
patung-patung kecuali patung mainan
anak-anak. Gambar dan patung yang
dipamer merupakan tarikan yang kuat
kepada jin-jin, dan menjauhkan para
malaikat daripada berkunjung ke rumah
kita.

2.Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.

3.Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa
silam dan terkini, dan berusaha buat
perubahan dengan meninggalkan terus
perlakuan-perlakuan berdosa itu.
Apabila dosa-dosa kita terampun dan
terhapus, doa dan harapan kita mudah
untuk dikabulkan Tuhan.

4.Elakkan daripada berkumandangnya lagu-
lagu dan bahan tontonan yang tidak
mendekatkan kita dengan agama.
Perkara-perkara ini mengundang
kehadiran jin-jin.
5.Wujudkan majlis taklim harian di
rumah. Suami atau isteri kumpulkan
ahli keluarga lalu dibacakan bahan
agama selama lebih kurang 5 ke 10
minit sehari. Contohnya beli apa-apa
buku yang mudah (seperti buku hadis),
seorang bacakan (sepotong hadis
contohnya) secara lantang manakala
yang lain-lain mendengarnya. Walaupun
majlis ini kecil dan singkat, tetapi
ia sangat kuat menarik kunjungan para
malaikat, dan mengecewakan syaitan-
syaitan.

6.Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.

7.Mengadakan kenduri doa selamat jika
berkemampuan.

8.Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa
itu senjata orang-orang beriman.

Sumber: islamituindah.com.my

Add Comment