);

INILAH CARANYA MERAWAT ANAK SERING MENANGIS PADA MALAM HARI DENGAN SURAH AL-FATIHAH. INSYA ALLAH CARA INI SANGAT MUJARAB JIKA DIAMALKAN DENGAN TAWAKAL SERTA IKHLAS


Doa Merawat Anak Yang Sering Menangis Pada Malam Hari

Hendaklah membaca Al-Fatihah sebanyak 3 kali dan ditiup di telinga kanan. Kemudian, baca semual Al-Fatihah sebanyak 3 kali dan ditiup di telinga kiri.

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

(Surah Al-Fatihah : ayat 1-7)

RUJUKAN :

Mohamed Abdullah Al-Amin
Zikir, Doa dan Selawat Popular
Telaga Biru Sdn.Bhd

ANTARA KHASIAT SURAH AL-FATIHAH YANG KITA TIDAK KETAHUI

Antara khasiat surah Al-Fatihah yang kita tidak ketahui.

1- Al-Fatihah dibaca 14 kali sebelum tidur. Khasiatnya suami dan anak-anak akan sentiasa mengingati kita selalu.

2- Al-Fatihah dibaca 41 kali, ditiup di dalam air dan dibuat minum serta air mandian. InsyaAllah akan melepaskan rasa sakit dalaman.

3- Al-Fatihah dibaca 7 kali dan usap di kepala pada setiap pagi dan juga sekali sebelum tidur. Berkesan untuk merawat pesakit mental.

4- Al-Fatihah dibaca 3 kali dan ditiup dalam segelas air minuman dan baca sambil mengusap ke kawasan yang rasa sakit.

5- Al-Fatihah dibaca 7 kali dan disapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada waktu malam hari atau pada bila-bila masa.

6- Al-Fatihah dibaca 3 kali atau 7 kali kemudian gunakan ibu jari dan tekan ia ke lelangit mulut kemudian disapukan pada tempat luka/sakit. InsyaAllah berkesan.

Nota: Bacalah dalam keadaan yang khusyuk, tawakkal serta yakin kepada Allah yang Maha Penyembuh. Surah Al-Fatihah ini adalah asbab dan menunjukkan Kekuasaan Allah Taala

Add Comment