);

Abu Zarin A.K.A Wira Penyelamat Telah Kembali Ke Rahmatullah . (Tiada lagi kata2 semangat dari sang wira) Salam Takziah Pada Keluarga Abu

Untuk makluman semua… Sahabat seperjuangan saya dalam dunia menjinak ular iaitu Abu Zarin A.K.A Wira Penyelamat telah kembali ke rahmatullah pada jam lebih kurang 1-AM 16/3/2018..
Beliau telah kena patuk ular Tedung selar pada 12/3 lepas semasa ops menangkap ular tersebut.

Salam takziah pada keluarga Abu..

Beliau yang mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan antara tenaga pengajar bagi melatih anggota baharu, selain sering mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Abu Zarin terkenal sebagai penangkap ular berbakat dan pernah menyertai program pencarian bakat Asia’s Got Talent sehingga ke peringkat suku akhir.

Difahamkan, kejadian dipatuk haiwan berbisa ini bukanlah merupakan insiden pertama di mana beliau sebelum ini sudah lebih 10 kali dipatuk malah pernah dua kali koma akibat kecederaan serius.

Beliau pernah berkata hanya akan berhenti bermain ular apabila menemui ajal dan kemahirannya mengawal haiwan berbisa itu menyebabkan video serta gambarnya sentiasa mendapat perhatian di laman sosial.

 

Innalillah hi wainna ilai hirojiun
Tiada lagi kata2 semangat dari sang wira..
Perginya seorang Wira Penyelamat ke Rahmatullah.. semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama org2 beriman… Alfatihah

Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah..

Video2

Show king cobra with fireman

Wira Penyelamat Kiss King Cobra at Temerloh Fire Station (Part 3)

Add Comment