);

Nak Rumah Tangga Kekal Bahagia, Elak 6 Pantang Larang Ini Kata Ustaz Kazim Elias

Dalam melayari kehidupan berumah tangga pertengkaran antara suami isteri pasti terjadi tambahan pula buat pasangan yang baharu berkahwin, pastinya anda masih belum mengenali tabiat pasangan.

Namun jika pertengkaran hampir setiap hari, bererti ada yang tidak kena dalam perhubungan anda. Perkahwinan yang bahagia, masing-masing akan berusaha menghindari pertengkaran dan lebih saling menghormati.

Suami isteri memiliki tugas dan tanggungjawab berbeza, namun keduanya perlu saling melengkapi dan membahagiakan.

Demi menjaga kerukunan rumah tangga hingga ke Jannah, ada banyak perkara yang harus anda awasi. Apakah perkara yang tidak harus dilakukan dan dilarang dalam menjaga hubungan suami isteri?

Manfaatkan pesanan Ustaz Kazim Elias moga rumah tangga anda kekal bahagia dan mampu menerbitkan rasa cinta kepada pasangan.

1. Jangan Tinggikan Suara
Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasangan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasangan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasangan kita.

2. Jangan Puji Orang Luar
Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang di hati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cemburu atau kemarahan pasangan kita dengan memuji orang lain.

3. Elakkan Jauh Daripada Isteri
Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah ialah perbuatan yang keji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.

4. Jangan Berbohong
Paling penting jangan sesekali berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!

5. Jangan Abaikan Pasangan
Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.

6. Sentiasa Mengaku Salah
Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!

Sumber: Keluarga.my

Add Comment