);

Ketahui Sihir MINYAK DAGU dan cara merawat Menggunakan DAUN BIDARA Dan Ayat suci Al-QURAN. IN SHA ALLAH iblis syaitan jin dapat dihalau

MINYAK DAGU


GAMBAR SEBAGAI HIASAN

Sebelum kami ceritakan artikel tentang minyak dagu ini. Ingin kami berpesan kepada pembaca untuk mengelakkan diri daripada amalan sihir. Ini kerana sihir akan menempah diri anda ke Neraka buat selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( HR Abu Daud )

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun. ( Al-Maidah / 5 : 72 )

Minyak Dagu salah satu amalan sihir yang popular di Malaysia. Kebanyakkan yang memilih sihir ini bermasalah dalam jodoh, cinta ditolak, tidak dapat kerja, tidak mendapat projek dan lain-lain lagi. Selain itu, sikap cemburu, dengki, terlalu sayang, benci, marah, dendam juga turut menjadi faktor ramai yang jahil memilih sihir ini.

Minyak Dagu diperbuat daripada tulang dagu wanita mengandung anak pertama yang telah mati. Dagu mayat tersebut dibakar dengan api, minyak yang mengalir dari dagu tersebut diambil dan dijadikan minyak dagu. Semestinya sihir ini juga menyeru bantuan Jin, Iblis & Syaitan. Perantaraan mereka inilah yang memberjayakan sihir ini.

Sesiapa yang terkena minyak dagu ini akan tunduk dengan orang yang mencalit minyak tersebut. Ia akan akur semua arahan orang tersebut tanpa membantah apa-apa. Malah ia sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang mengenakan minyak tersebut. Silap hari bulan boleh jadi gila.

Tiada mentera untuk menggunakan minyak dagu ini hanya mencalit sahaja ke kulit mangsa. Mangsa akan suka dan sayang yang teramat sangat hingga menuruti arahan pemberi minyak tersebut.

Minyak Dagu tidak akan berkesan sekiranya :

1. Sentiasa membaca Bismillah setiap perbuatan
2. Membaca ayat-ayat Al-Quran
3. Selalu berzikir
4. Solat 5 waktu
5. Menutup aurat
6. Memberi salam
7. Beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t
8. dan lain-lain lagi amalan Islam

Hanya itu jalan yang terbaik untuk mengelak daripada sihir minyak dagu ini.

Cara-cara Membuang Racun Minyak Dagu :

Seperti artikel sebelum ini, Islam penyelesaian segala-galanya. Sekali lagi kami hanya “copy & paste” cara-cara untuk mengubati akibat terkena sihir :

Cara mudah untuk mengubat minyak dagu iaitu kembali kepada ISLAM. Mangsa boleh meminta bantuan daripada Ustaz yang Soleh. Ustaz yang soleh memberi perubatan secara Islam berpandukan Al-Quran & Sunnah.

Racun di dalam badan mangsa mesti dikeluarkan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran seperti yang disarankan oleh Rasullulah s.a.w (Al-Fatihah, Ayat Kursi, 3 kul, 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah & zikir-zikir)

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Surah Al-Isra’ ayat 82)

Menurut Al-Quran dan Hadis, Daun BIDARA juga salah satu alternatif untuk menggeluarkan racun Ini disebabkan Jin dan syaitan tidak suka akan daun bidara. Lumatkan daun bidara menggunakan lesung masukkan ke dalam baldi atau besen. Baca ayat-ayat suci Al-Quran seperti yang disarankan oleh Rasullulah s.a.w. Kemudian minumkan mangsa dengan air tersebut. Baki air di dalam baldi dimandikan kepada mangsa.

Selain itu, untuk mengubat organ-organ dalaman mangsa yang luka boleh diubati dengan :

1.Madu
2.Habbah Saudah
3.Minyak Zaitun
4.Air Zam-zam
5.Bekam
6.Kurma Ajwa

Ia merupakan makanan dan ubat-ubatan yang disarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan hadis-hadis yang sahih.

Rawatan daripada hospital juga jangan diabaikan. Kerosakkan organ-organ dalaman perlu diubati oleh doktor-doktor pakar. Nasihat doktor pakar juga perlu diambil berat kerana mereka pakar dalam bidang mereka sendiri.

Mangsa juga perlu kembali kepada Islam yang sebenar. Tiada ubat mustajab selain memohon bantuan dan pertolongan daripada Allah s.w.t. Dia yang memberi penyakit, Dia juga penyembuh penyakit. Setiap ujian yang Allah s.w.t beri ada hikmahnya.

1. Solat
2. Berdoa kepada Allah s.w.t
3. Sabar
4. Tutup Aurat
5. Bersedekah
6. Membaca Al-quran
7. dan lain-lain

Itulah rawatan yang sebaiknya. Adalah sia-sia rawatan yang diberikan sekiranya mangsa itu sendiri tidak mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Add Comment