);

Tahukah Anda Zikir Fatimah Ini, Adalah Untuk Meredakan Keletihan Wanita Menguruskan Rumahtangga, Rugi Tak Amal

Tahukah Anda Zikir Fatimah Ini, Adalah Untuk Meredakan Keletihan Wanita Menguruskan Rumahtangga, Rugi Tak Amal

Hari ini ramai isteri yang mengeluh penat dan stres dek kerana tugas yang
tak menang tangan. Mereka ini terutama yang bergelar ibu bukan saja
mengurus rumah tangga, malah turut bekerja mencari rezeki.

Antara cara kebiasaan wanita meredakan kepenatan ini dengan berehat, bercuti
dan juga ke spa untuk rawatan tubuh. Hakikatnya dalam Islam sendiri
telah tersedia penawar kepenatan ini melalui amalan Zikir atau Tasbih
Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya
Saidatina Fatimah r.a.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a
mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya
berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu
dilakukannya.

Saidatina Fatimah kemudian datang
menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang
pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan
hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.

Kemudian
Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah
untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah,
Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.

Lalu
Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu
telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin
menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di
tempat perbaringan.

Lalu baginda bersabda; “Mahukah
kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu
berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir
(Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid
(Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi
kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Maka
disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas
harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum
melelapkan mata.

ZIKIR/ TASBIH FATIMAH

Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali

Dalam
pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua
tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.

Sumber: orangkitaserata.blogspot.my

Add Comment