);

Inilah Doa Taubat Para Nabi & Mohon Pertolongan Allah… Mari Kita Amalkan

Di antara intipati Al Qur’an itu tidak lain adalah sebagai peringatan Allah untuk kita manusia, peringatan supaya kembali kepada Allah. Peringatan melalui kisah-kisah sejarah umat-umat terdahulu, peringatan tentang azab Allah kepada yang ingkar perintahNya. Peringatan supaya kita manusia segera bertaubat kepada Allah atas segala dosa.

Telah diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bertaubat sehari hingga 70 atau 100 kali sehari. Beristighfar dan menghayati maksud Istighfar itu “Aku memohon ampun kepada Allah”, dan merasa kesal atas dosa-dosa yang banyak itu. Antara Doa-doa yang sangat afdhal untuk dilazimi sebagai zikir adalah Doa Taubat Para Nabi, iaitu Doa Nabi Adam a.s. dan Doa Nabi Yunus a.s.

Doa Taubat
1. Doa Nabi Adam a.s.
Ketika hidup di Syurga Nabi Adam a.s. terpedaya dengan hasutan Iblis sekaligus melanggar perintah Allah. Iblis yang berdendam berusaha mengeluarkan Adam a.s. dan Hawa dari Syurga dengan yang mengatakan mereka kononnya dilarang memakan buah dari pohon khuldi sebab Allah tidak mahu mereka terus kekal dalam Syurga menjadi Malaikat (kononnya).

Ketika mereka terpedaya dan memakan buah itu maka terlepas pakaian mereka dan Allah bertanya kepada mereka; “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?” Akhirnya Nabi Adam a.s. dan pasangannya Hawa diturunkan ke bumi yang penuh dengan kesukaran (berbanding Syurga), terpisah jauh satu sama lain dalam kegelapan malam, atas kesalahan itu Adam a.s. sangat menyesal dan terus berdoa memohon keampunan Allah..

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Surah Al A’raf, ayat 23.. [QS 7:23]
Terjemahan
“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi”.

2. Doa Nabi Yunus a.s.
Ketika baginda berada (ditelan) di dalam perut ikan Nun (sejenis ikan besar) yang gelap, di lautan dalam yang gelap, di malam yang gelap, kerana baginda marah, kecewa dan ‘lari’ dari umat-umatnya yang ingkar.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Surah Al Anbiya’, ayat 87.. [QS 21:87]
Terjemahan
“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

Doa Mohon Pertolongan Allah

3. Doa Nabi Ibrahim a.s. – HasbunAllah
Ketika dalam saat genting menerima ujian akan dibakar hidup-hidup. Dalam keadaan baginda diikat untuk dicampakkan ke dalam api yang besar marak oleh Raja Namrud, maka datanglah Malaikat Jibril a.s. bertanyakan kepada baginda;
“Wahai Ibrahim, apakah kau perlukan pertolongan ku?”
Dijawab oleh Nabi Ibrahim a.s.
“Aku tidak perlukan apa-apa pertolongan mu, aku hanya perlukan pertolonagn Allah”.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Surah Ali Imran, ayat 173.. [QS 3:173]
Terjemahan
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.

Doa ini sangat baik dibaca (dan diamalkan selalu) ketika memohon pertolongan Allah dalam keadaan kesukaran, saat yang genting, menghadapi masalah yang amat berat. Diriwayatkan baginda Rasulullah s.a.w juga berdoa dengan doa ini ketika menghadapi Perang Badar.

Perbezaan antara HasbunAllah dengan HasbiAllah seperti alunan zikir Hazamin InTeam

  1. HasbunAllah = Cukuplah Allah menjadi Penolong kami (plural)
    sesuai untuk dibaca oleh imam mewakili makmum..
  2. HasbiAllah = Cukuplah Allah menjadi Penolong ku (singular)sesuai dibaca secara sendiri..

 

Pendapat saya, nak baca yang mana satu pon boleh, wallahu’alam..

HasbunAllah Ini Adalah Kata-Kata (Doa) Para Nabi
iaitu ketika para Nabi menghadapi saat getir..”Nabi

Nabi Ibrahim AS, bila nak dicampak dalam api, “HasbunAllahu Wani’mal Wakeel..” api jadi sejuk dan selamat.”

Nabi Musa AS, bila nak diserang Firaun dan tenteranya, “HasbunAllah..” terbelahnya laut.”Nabi

Nabi Muhammad SAW, bila akan menghadapi 10 ribu tentera Ahzab, “HasbunAllahu Wani’mal Wakeel..” habis tentera Ahzab dipukul angin sejuk, tak mampu berperang. Ali Imran 3:173

sumber → Ustaz Abu Anas Madani

Apakah Maksud Hasbunallah Wani’mal Wakil?

Amalan Zikir
1. Doa-doa ini sangat baik dijadikan zikir harian dan sangat berkesan sebagai amalan memohon sesuatu hajat dari Allah.

2. Amalan mengingati Allah harus sepanjang waktu terutama ketika senang, gembira, supaya Allah akan menolong kita ketika sukar.

3. Permohonan pertolongan Allah itu melalui jalan taubat sebagaimana seringkali diingatkan oleh ayat-ayat Allah dalam Al-Qur’an serta di post Hikmah Istighfar.

4. Berzikir dengan doa-doa ini juga untuk menguatkan lagi rasa rendah hati, tawadhu’ kita kepada Allah supaya mudah kita menerima hidayah & petunjukNya serta berdoa dalam memohon hajat.

5. Sebarkanlah ilmu perihal zikir dan manfaatnya itu supaya ia juga menjadi manfaat kepada saudara-saudara kita yang lain dan sebagai saham pahala untuk kita juga, insyllh..

update..

Doa Bersabar & Teguh Pendirian
1. Doa Tentera Talut (bersama Nabi Daud a.s.) Menentang Musuh
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir” ( Al-Baqarah 2:250 )

Penyakit
2. Doa Nabi Ayub AS. Ketika Ditimpa Penyakit

أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ
Surah Al Anbiya’, ayat 83.. [QS 21:83]
Terjemahan
“Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.

Doa Mohon Rezeki Allah
Dalam Al Qur’an Allah menjelaskan kunci kepada rezeki Allah itu adalah Taqwa.. “Sesiapa yang benar² bertaqwa, maka Allah akan mengadakan baginya jalan keluar serta memberinya rezeki dari arah yang tak disangka²” – Surah At Thalaq, ayat 2-3 atau dikenali dikalangan orang Melayu sebagai Ayat Seribu Dinar. Malangnya kita orang Melayu selalu salah faham, ayat tu selalu dibuat sebagai perhiasan dinding atau kononnya ‘pelaris’ perniagaan, wal iyya dzubillah.. kita berlindung dengan Allah dari hal tersebut.. Intipatinya itu – Taqwa.. (peringatan utk diri sendiri).

Baiklah untuk Doa Mohon Rezeki Allah dari Al Qur’an, iaitu Doa Nabi Isa AS. yang memohon rezeki dari Allah turun dari langit, lihat

credit
muhtarsuhaili.wordpress.com | doaharian.mytoha.net

Add Comment