);

Iman Anak Kunci Syurga.WAJIB Ketahui 5 Bahagian IMAN

Diantara banyak-banyak nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, ada 1 nikmat yang amat bernilai dan paling berharga iaitu IMAN. Tanpa iman manusia tidak akan dapat ketenangan dan kebahagiaan hidup yang sebenar dan abadi.

Iman dari segi bahasa bermaksud ‘percaya’ manakala dari segi istilah pula bermaksud ‘Membenarkan dengan hati,melafazkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota’.

Orang yang betul-betul beriman ialah mereka yang sentiasa melakukan pekerjaan hanya kerana Allah swt. Mereka sentiasa gembira walaupun pelbagai masalah dihadapi kerana dia percaya semua datangnya dari Allah swt untuk menguji keimanannya. Mereka tidak terlalu mementingkan harta, pangkat dan darjat kerana itu semua hanya sementara dan tidak kekal.

Namun demikian pelbagai keraguan yang wujud dalam hati manusia. Contoh keraguan yang wujud dalam hati ialah ragu tentang kerasulan nabi dan rasul yang wajib diimani. Keraguan lain yang wujud ialah ragu-ragu tentang Qada’ dan Qadar Allah swt.

Contohnya suatu hari anaknya mati dilanggar kereta. Dengan sedih dan marah lalu terlintas dihatinya ‘kalau tak kerana kereta itu, anak aku tentu masih hidup’. Jika dia terus beranggapan begitu maka bia tergolong dalam golongan munafik.

Orang-orang munafik ialah orang yang melahirkan suasana islam tetapi menyembunyikan kekufuran. Orang munafik hakikatnya orang kafir.

Tangga-Tangga IMAN

Iman terbahagi kepada 5 bahagian iaitu, iman taqlid, iman ilmu, iman ayyan, iman hak dan iman hakikat.

Iman yang pertama ialah iman taqlid. Iman ini juga disebut iman ikut-ikut. Maksudnya orang yang beriman dengan semua rukun iman hanya mengikut-ikut orang lain. Contohnya jika ada yang bertanya “apa buktinya wujud Allah?” maka dia menjawab “saya dengar orang kata ada,saya pun kata adalah.”

Iman yang kedua ialah IMAN ILMU. Iman ini ialah iman yang berdasarkan ilmu. Ilmu ini ialah ilmu keimanan yang ada digariskan dalam islam.
Iman ilmu merupakan iman yang dipelajari dan difahami betul-betul dan diyakini bersungguh-sungguh maka jadilah ia seseorang yang mencapai iman ilmu.

Iman ilmu wujud apabila mereka mengetahui tentang sifat-sifat yang wajib bagi Allah dengan dalil aqli dan dalil naqli secara ijmali. Seterusnya mengetahui sifat-sifat mustahil bagi Allah dan seterusnya mengetahui sifat-sifat harus bagi Allah. Orang yang beriman ilmu tidak mudah digoyangkan dan dihanyutkan oleh fahaman-fahaman lain kerana keyakinannya berasaskan kepada fikirannya, i’tikad orang berilmu disertai dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh.

Mereka mampu menentang yang anti ketuhanan dengan hujah-hujah yang menjadi keyakinan mereka selama ini. Fikiran mereka tidak akan menerima sebarang keraguan dan was-was yang timbul dari mana-mana pihak sekalipun. Seseorang yang beriman ilmu, imannya hanya berada dalam fikiran tidak didalam hati.

Iman yang ketiga ialah IMAN AYYAN. Iman Ayyan ialah keyakinan yang bertempat dihati. Orang yang beriman Ayyan, keyakinan kepada Allah, malaikat dan lain-lain telah memenuhi ruangan fikitan dan hatinya. Ciri-ciri orang yang beriman ayyan ialah khusyuk dalam sembahyang, berpuasa, berzakat, menunaikan haji bagi yang mampu, serta sabar menanggung ujian Allah.

Tangga iman yang keempat ialah IMAN HAK. Dalam istilah, iman hak juga disebut iman sebenar. Seseorang yang mencapai iman hak ialah seseorang yang dapat melihat Allah dengan mata hatinya dalam sebarang apa yang dilihat. Ini bererti seseorang itu akan segera teringat akan Allah setiap kali memandang atau terpandang apa sahaja ciptaan Allah.

Tangga iman yang terakhir ialah IMAN HAKIKAT. Orang yang telah mencapai iman hakikat telah mencapai iman ilmu, iman ayyan dan iman hak. inilah iman yang yang sempurna. Iman ini merupakan iman yang tertinggi sekali dari iman-iman yang lain. Taraf iman ini dimiliki oleh para rasul, nabi-nabi dan juga wali Allah.

Cara-cara untuk mencapai iman

Setelah mengetahui tentang jenis-jenis iman tentu kita juga ingin memiliki iman yang tertinggi. Jadi penting untuk kita mengetahui cara-cara untuk mencapainya.. Cara yang perlu diambil ialah dengan berjihad. Berjihad bukan sahaja menentang musuh dialam nyata sahaja tetapi juga pada makhluk lain.

Jihad yang pertama ialah jihad menentang hawa nafsu. Melawan hawa nafsu sangat sukar kerana ia bukan seperti menentang manusia. Jika ingin menentang manusia kita Cuma perlukan peralatan seperti pistol, senapang, dan pedang tetapi nafsu tidak dapat dilawan begitu. Ini kerana nafsu berada dalam diri setiap manusia dan mengalir dalam darah. Jihad melawan nafsu merupakan jihad yang paling besar dalam diri manusia.

Jihad yang kedua ialah jihad melawan melawan syaitan. Syaitan sering menghasut manusia supaya jangan menyembah Allah. Orang yang terpengaruh dengan bisikan syaitan akan masuk kedalam api neraka bersama-sama syaitan di masa perhitungan nanti.

Jihad yang ketiga ialah jihad menentang orang kafir dan jihad yang terakhir ialah jihad melawan orang munafik.

Perkara-perkara yang membatalkan iman.

Iman manusia boleh terbatal melalui 3 perkara iaitu melalui iktikad, perkataan dan perbuatan.

Iman terbatal melalui iktikad ialah kurang yakin atau ragu-ragu dengan satu atau lebih sifat-sifat yang wajib bagi Allah. Ragu-ragu dengan perkara ghaib seperti hari akhirat wujudnya malaikat, alam barzakh juga boleh membuatkan iman kita terbatal. Seseorang yang ragu mengenai sifat-sifat rasul boleh menjadikan imannya terbatal.

Iman terbatal melalui perkataan pula apabila seseorang mengucapkan dengan lidahnya seperti mengatakan Allah zalim, kejam, tidak adil dan lain-lain. Manusia juga dilarang mencaci dan mengutuk rasulullah. Hal ini kerana perbuatan tersebut menjadikan seseorang itu terbatal imannya. Contoh lain adalah seperti menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan yang halal.

Dari segi perbuatan pula seperti sujud pada selain dari Allah, sama ada pada patung, pokok, matahari, langit dan lain-lain lagi. Manusia juga ditegah merai dan memperbesarkan hari agama lain seperti deepavali, taipusam dan lain-lain lagi. Remaja zaman sekarang terlalu mengikut dan meraikan perayaan seperti hari kekasih. Padahal ini tidak terkandung dalam Alquran dan as-sunnah.

Perbuatan ini boleh membawa kepada maksiat dan zina. Sebab itulah ia ditegah dilarang sama sekali. Seseorang yang telah melakukan salah satu daripada perkara diatas dianggap murtad. Sesungguhnya dosa orang-orang murtad lebih teruk daripada orang kafir. Ini kerana perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai mempersendakan agama islam.

Kebanyakkan manusia tidak sedar akan kesalahan yang dilakukannya dan sering terpandang kesalahan orang lain. Bagai pepatah orang melayu pernah menyebut “Gajah depan mata tidak kelihatan tapi kuman diseberang tidak kelihatan.”

Sesiapa yang ingin mengetahui kelemahannya hendaklah dia melalui jalan-jalan ini.

• Jalan yang pertama ialah Duduk dihadapan guru. Guru yang dapat melihat keburukan dan kelemahan kita dapat menegur kesalahan kita dan menasihati kearah jalan yang benar.

• Jalan yang kedua ialah mencari teman yang benar. Kita hendaklah mencari teman yang berwawasan dan dapat mendorong kita kearah kebaikan dan kejayaan.

• Cara yang ketiga ialah dengan mengambil pengajaran daripada lidah musuhnya. Orang yang banyak mengambil manfaat dari lidah musuhnya yang meluap-luap kemarahannya akan dapat mengetahui kekurangan dirinya kerana tabiat musuh suka menyebut segala keburukan orang yang ia musuhi. Oleh itu janganlah kita mempersia-siakan segala ucapan yang keluar dari lidahnya.

Manusia mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Sikap yang buruk sukar dibuang. Antara contoh-contohnya ialah seperti;

a) Bakhil

Sakap ini amatlah teruk kerana kita sebagai saudara dalam islam perlulah bersikap mesra antara satu sama lain. Sikap kedekut boleh menjatuhkan masyarakat islam. Kita perlu bersedekah jika berkemampuan. Oleh itu, harta yang banyak dapat dimanfaatkan untuk membina masjid dan membantu fakir miskin.

b) Sifat sombong.

Sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk adalah sifat mazmumah yang patut dikikis. Senyum juga dianggap sebagai satu sedekah. Malah senyum dapat menjadikan kita ceria dan kekal awet muda. Jika kita melakukan kesalahan sesama manusia hendaklah dengan segera kita meminta maaf. Dengan perkataan maaf ya disulami dengan hati yang ikhlas dapat menghapuskan dosa kita sesama manusia.

c) Takut

Sifat takut perlu dikikis dalam hidup kita. Perasaan takut terbahagi kepada 2 iaitu takut disuruh syariat dan takut yang dilarang syariat. Contoh takut yang disuruh syeriat] ialah takut melakukan dosa dan kemungkaran manakala takut yang ditegah pula ialah takut kepada manusia,hantu,takut menegakkan kebenaran dan takut miskin. Tujuan melawan hawa nafsu adalah untuk membuang rasa takut yang dilarang dan diganti dengan rasa takut yang disuruh. Kemuncak rasa takut ialah rasa takut kepada Allah swt.

d) Marah

Marah merupakan sifat mazmumah yang ditegah dan dibenci Allah dan rasul. Marah perlulah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Perasaan marah dapat diatasi bila mengingati segala sesuatuyang berlaku adalah mqudrah dari ilahi.

Iman perlu dipertahankan untuk mejamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat dan juga untuk mendapat keredaan Allah swt. Kita sebagai hamba Allah perlu beribadah untuk mendapat keredhaan Allah untuk memelihara dan mengawal yiman. Ibadah yang dimaksudkan ialah dengan mendirikan benteng iman.Terdapat 5 benteng iman iaitu

I. Yakin

Benteng yang pertama ialah yakin. Kita sebagai hamba Allah perlu yakin dengan segala kitab-allah dan hadisrasulullah.rukun iman perlu diyakini dan jika salah satu rukun iman itu diragui maka rosaklah iman.

II. Ikhlas

Ikhlas ialah apa yang dibuat dan apa yang ditinggalkan kerana Allah semata-mata. Menuntut ilmu untuk pandai, untuk mendapat pengikhtirafan manusia seperti ijzah dan berlumba-lumba untuk dinaikan pangkat atau wang,maka amalan itu dikira tidak ikhlas.

III. Mengerjakan amalan sunat

Iman dapat dikawal dengan mengerjakan amalan sunat. Amalan sunat ialah jika dilakukan mendapat pahala manakala jika ditinggalkan tidak mendapat jika diniatkan kepada Allah adalah dikira ikhlas sebaliknya kalau diniatkan -apa. Amalan sunat mempunyai dua fungsi utama iaitu;

• Menyempurnakan amalan wajib

• Meninggikan pangkat dan darjat di syurga

Tanpa ibadah wajib,ibadah sunat tidak sempurna seperti rumah tidak bertiang.

IV. Istiqomah

Seseorang yang memiliki sifat ini sebenarnya membina benteng untuk mengawal imannya dari gangguan manusia. Amalan ini biarlah dilakukan sedikit asalkan kekal daripada banyak tetapi tidak berterusan.

PENUTUP

Melalui tajuk ini dapat disimpulkan bahawa iman amat penting untuk mendorong manusia kearah jalan yang benar dan diredhai Allah. Manusia perlu bijak memilih jalan mereka sendiri. Iman adalah mutiara didalam hati manusia. Iman tak dapat dijual beli.Jadi peliharalah iman dengan sebaik-baiknya.

Kredit: Ustaz Abd Aziz bin Harjin

Add Comment