);

[VIDEO] “Agong Kata Sila Duduk Dan Jangan Lari”-Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ke 14 Buat Semua Ketawa Besar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memulakan ucapan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-14 hari ini apabila berseloroh dengan Ahli Parlimen.

Istiadat Pembukaan Penggal Majlis Parlimen Malaysia ialah istiadat yang secara rasmi menandakan permulaan penggal Parlimen. Ia termasuk ucapan dari takhta yang dikenali sebagai Titah Ucapan Diraja. Istiadat Pembukaan Parlimen adalah satu majlis yang mempunyai sedikit kemiripan dengan Pembukaan Sidang Parlimen di United Kingdom yang menzahirkan kehadiran Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara untuk merasmikannya.

Berbeza dengan United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel yang menyaksikan Majlis Pembukaan berlaku di ruang Dewan Pertuanan, di Malaysia, Istiadat Pembukaan Parlimen berlaku di Dewan Rakyat.

Baginda dalam nada jenaka ‘menitahkan’ supaya Ahli Parlimen tidak lari meninggalkan Dewan Rakyat.

“Ahli Yang Berhormat, sila duduk dan jangan lari,” titahnya.

Ia sekali gus menceriakan suasana pembukaan Dewan Rakyat.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

 

Add Comment