);

Tulis surat kepada CIA minta sokongan, netizen gelar Najib Razak pengkhianat negara

Semenjak pertukaran kuasa kerajaan pasca PRU-14 itu, satu persatu skandal dan tindakan salah laku kerajaan terdahulu telah didedahkan oleh kerajaan sekarang.

Terbaru, sepucuk surat yang dikatakan ditulis oleh unit perisikan Pejabat Perdana Menteri kepada badan perisikan Amerika Syarikat (CIA) telah jadi tular di media sosial.

Surat yang bertarikh 4 Mei 2018 itu ditulis oleh Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga disebut sebagai unit risikan, Datuk Hasanah Ab Hamid kepada Pengarah CIA, Gina Haspel bertujuan mendapat sokongan daripada kuasa besar ini dalam persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 yang diadakan pada 9 Jun 2018.

Antara isi kandungan surat tersebut yang mendapat perhatian orang ramai adalah permintaan JPM untuk melobi sokongan penuh Amerika Syarikat sekiranya kemenangan berpihak kepada Najib Razak walaupun menang dengan majoriti mudah.

Surat tiga halaman itu meminta AS menyatakan sokongan kepada pentadbiran Najib walaupun cuma menang dengan majoriti mudah atau hanya satu kerusi.

Pendedahan terbaru itu sudah semestinya mengejutkan ramai netizen, baik yang berada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Rata-rata mereka tidak dapat menerima apa jua alasan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri itu berkenaan surat tersebut.

Ramai yang berasa tindakan Najib Razak itu seseolah mengkhianati kedaulatan negara kerana meminta sokongan negara luar yang sudah secara terang-terangan menjadi sekutu kuat kepada Zionist Israel.

Kami.. ahli Umno.. Berasa amat Kesal dan kecewa dengan pembohongan bekas pm Najib Razak serta keseluruhan pemimpin umno.

Ini adalah Kerana Najib selaku bekas Perdana Menteri telah mengadai maruah dan kedaulatan negara kepada CIA.. serta sebahagian ejen perisikkan Mosad Israel dari negara kuasa besar di luar negara..

Pembohongan demi pembohongan beliau semakin lama semakin terbongkar.

Pemerintahan umno dibawah Najib telah terbukti sungguh mengejutkan,
di dlm surat dari Bahagian Agensi Perisikan Rahsia di Jabatan Perdana Menteri (Research Divisyen) kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) menunjukkan seolah olah Negara kita menyembah tunduk kepada mereka hinggakan perlu minta bantuan supaya membantu Umno menang dalam PRU 14 di dalam negara kita sendiri ,Malaysia .

Soal dalaman Parti, dan keadaan semasa negara khususnya dilaporkan terus kepada Agensi Perisikkan di luar negara .
Untuk apa?

Perkara dalam kain baju sendiri pun hendak diceritakan kepada negara kuasa besar diluar yang sememangnya tiada kena mengena langsung dengan soal kesejahteraan dan kemakmuran negara Kita Yang tercinta ini ?

Dengan terang, Najib sahaja yang punyaai kuasa penuh serta arahan terhadap Agensi Perisikan Rahsia ini .(Researh Divisyen)Prime Ministers Office ( PMO ).

Namun apabila tiap kali ditanya soalan ,
Najib sering berbohong dan jawapan yang sering didengari adalah tidak tahu.
Ianya pembohongan yang tiada berkesudahan.

Dengan bukti dokumen surat ini , terbukti Najib dengan jelas telah berbohong lagi.
Ianya sungguh mengejutkan,serta memalukan,,,

Najib yang mengetuaai Umno telah menjatuhkan,menjual maruah seluruh bangsa dan negara Malaysia .

Najib serta Umno telah membuatkan maruah serta imej negara Malaysia dan rakyat keseluruhannya di tahap terendah sekali di mata dunia.

Seluruh rakyat berasa teramat malu dan sangat kecewa terhadap perbuatan umno dan Najib ini ketika berkuasa .

Najib Seorang Presiden Umno,juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang sebelum ini telah diberi kepercayaan penuh untuk memimpin di negara tercinta yang merdeka serta berdaulat ini,

Kini seluruh Ahli Umno serta Rakyat berasa amat amat kesal dengan sikap serta perbuatan bekas pemimpin yang begitu dipercayaai dan diharapkan ini.
Pembohongan demi pembohongan kian terbongkar lagi.

Najib serta Umno telah meletakkan situasi umpama negara kita yang tercinta ini seolah dijajah kembali tanpa diketahui oleh rakyatnya .

Ianya suatu pembohongan serta tindakkan menjual negara , tindakkanya itu hanyalah untuk kepentingan dirinya sendiri serta Umno , tanpa memikirkan maruah rakyat serta negara keseluruhannya tercemar.

Apa yang dilihat didalam dokumen surat ini , Najib sebagai ketua negara perlu tunduk dan ikut telunjuk apa sahaja yang kuasa besar dari luar itu mahukan , Segala apa perkara dalaman pun perlu dilaporkan serta minta dari mereka pula.
Pemimpin apa jika macam ini ?

Ianya cukup memalukan,,, Malaysia adalah sebuah negara merdeka yang bermaruah serta berdaulat.

Tindakan seperti ini tidak seharusnya dilakukan oleh Umno dan Najib. Ianya suatu pengkhianatan dan penghinaan yang teramat besar terhadap negara tercinta .

Sumber : Facebook

 

Add Comment