);

Ibu Ini Guna 100% Rawatan Tradisional Rawat Anak Hidap Penyakit HFMD. Memang Berkesan!

Menerusi laman Facebook, seorang ibu bernama Azma Abdul Jamil telah berkongsi pengalaman merawat anaknya yang mengalami penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Azma juga telah berkongsi tentang petua yang menggunakan 100% rawatan tradisional mengikut cara masyarakat India yang dikongsikan oleh jirannya.

Menurut perkongsian, anaknya baharu sahaja pulih daripada penyakit HFMD selepas seminggu bertarung dengan keadaan tekak, tonsil, tapak tangan dan tapak kaki yang dipenuhi ruam yang melepuh.

“Saya guna 100% rawatan tradisional cara orang India. Jiran kat umah saya yang bagi petua ini. Alhamdulillah, dah okay sangat-sangat. Sampai saya bawa pergi hospital swasta, doktor pakar kanak-kanak memuji saya. Doktor cakap saya pandai jaga anak sehingga ruam-ruam jadi kering.”

Antara petua yang digunakan oleh Azma adalah:

1. Ais krim vanilla

Menurut Azma, dia memberikan anaknya ais krim vanilla ini bertujuan untuk melegakan luka dalam mulut. Kesejukan ais krim mampu melegakan sakit dalam mulut anaknya.

2. Daun mambu dan serbuk kunyit

Caranya, ambil sebesen besar air paip, campurkan dengan 1 sudu besar serbuk kunyit dan daun mambu. Kemudian, letak besen tersebut di bawah cahaya matahari (letak pada waktu 10.40 pagi sehingga 1 petang) dan biarkan sampai air tersebut suam.

Seterusnya, mandikan anak menggunakan air jemuran tadi. Jangan bilas dengan air paip dan biarkan air kunyit dan daun mambu di badan anak.

3. Daun mambu dan bedak sejuk

Ramaskan daun mambu dengan bedak sejuk. Kemudian, lumurkan pada keseluruhan tangan, kaki dan bahagian yang ditumbuhi ruam. Jangan masukkan dalam mulut pula ya! Untuk dalam mulut, makan ais krim vanilla sahaja.

Dengan izin Allah, selepas 2 hingga 3 hari ruam anak anda akan beransur sembuh. Pastikan anda lakukan cara ini dengan konsisten setiap hari.

Sebenarnya, bukan mudah untuk merawat anak yang terkena penyakit HFMD ini kerana apabila anak anda sah dijangkiti, anak tidak perlu dirawat di hospital. Malah, anak perlu dikuarantin dan perlu dipantau oleh ibu bapa sepenuhnya. Jadi, jangan cemas, anda boleh cuba petua ini ok!

Sumber: Facebook , Utusan

Add Comment