);

Majikan Yang Menyebabkan Pekerja Stress Akan Dikenakan Tindakan Oleh Kementerian Sumber Manusia

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata semalam, kementerian tersebut akan berkeras dengan majikan yang menyebabkan tekanan kepada pekerjanya.

Selain itu, pihak mereka akan menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan undang-undang terharap majikan yang tidak menghargai pengorbanan seorang pekerja.

Beliau turut menambah isu yang membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja perlulah dilaporkan kepada kementerian, terutamanya jika ianya sehingga melibatkan penamatan perkhidmatan seorang pekerja.

Persoalan itu dijawab oleh beliau ketika dikemukakan soalan oleh Abdullah Sani Abdullah Hamid (PKR-Kuala Langat) tentang langkah yang akan diambil kementerian terhadap majikan yang tidak berterima kasih terhadap pengorbanan seorang pekerja.

“Apakah tindakan drastik kementerian untuk mengawal majikan yang mendera pekerja hingga mencetuskan tekanan yang menyebabkan masalah mental?” soal Abdullah Sani.

Kami di sini merasakan bahawa ianya satu langkah yang betul memandangkan kes di mana majikan menyalahgunakan kuasa mereka dan memaksa pekerja untuk melakukan tugas lebih dari sepatutnya dan di luar bidang.

Hal ini memberi impak negatif terhadap pekerja terutamanya dari segi kesihatan mental, fizikal dan juga kestabilan kehidupan; di mana ianya boleh menyebabkan stres dan tekanan jangka masa panjang terhadap seorang pekerja.

Tahniah kementerian kerana menegakkan hak seorang pekerja dan membela nasib mereka yang tertindas. Jika berlaku perkara seperti ini, kami menyarankan anda untuk lakukan laporan dengan segera.

Add Comment