);

(Video) Masya Allah, Beliau mungkin kurang siuman tetapi masih mendirikan solat, bagaimana pula yang waras boleh lupa?

Beliau mungkin kurang siuman tetapi masih mendirikan solat, bagaimana pula yang waras boleh lupa?

“Ketika si GILA ini lupa jati dirinya, Tapi dia tidak lupa dengan PenciptaNya, sedangkan yang si WARAS kenal benar siapa dirinya, Tapi dia seringkali lupa pada TuhanNya.”

Siapakah Yang GILA Sebenarnya ??

Ketika seseorang itu meninggalkan solat Subuh, Allah masih memberikannya nafas untuk keluar mencari rezeki, ketika seseorang itu berhenti lelah tatkala Zuhur sudah tiba, dia hanya berhenti untuk mengisi perutnya, ketika Asar sudah masuk menandakan hari sudah petang, seseorang itu hanya memikirkan untuk pulang awal ke rumah untuk elak jam.

Menjelang Maghrib, ada yang masih dalam perjalanan dan ada juga yang baru melabuhkan badannya berehat di rumah. Sesudah azan Isyak berkumandang mungkin ada yang sedang sibuk menjamu selera malah ada yang sedang menonton tv. Lalu lengkaplah putaran solat 5 waktu yang ditinggalkan setiap hari, setiap minggu atau mungkin setiap tahun…

Lalu, niat Tuhan yang manakah yang manakah kita dustai dan ingkari sedang kita berpijak di bumi milikNya, bernafas dengan udaraNya, melihat dengan kurnianNya?

Ya Allah, aku insaf….

Add Comment