);

Saidina Umar Al-Khattab r.a marah pada orang perut buncit!

Umar al-Khattab merupakan nama besar dalam sejarah Islam, iaitu mengenai pemerintahan dan keperibadian beliau.

Bahkan tidak kurang tentangan kuatnya terhadap Islam semasa awal perkembangan agama suci ini dahulu sebelum beliau menerima hidayah Allah.

Nama sebenarnya ialah Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin Adi bin Kaab. Beliau juga digelar dengan nama Abu Hafs.

Beliau berketurunan bani Adi, Umar al-Khattab dilahirkan pada tahun 584M di Mekah.

Ibunya bernama Hantamah binti Hasyim bin al-Mugirah dari bani Makhzum yang juga sepupu dengan Khalid bin al-Walid dari pihak ayah.

Umar al-Khattab sangat gemar menunggang kuda dan meminati puisi.

Selepas beliau menerima Islam, Islam seolah mendapat ‘roh’ baru. Diriwayatkan, mereka tidak pernah merasakan kehebatan Islam ini melainkan setelah Umar al-Khattab memeluk Islam.

Umar al-Khattab didoakan oleh Rasulullah agar menerima Islam, dan Islam bertambah kuat dengan adanya beliau.

Saidina Umar al-Khattab diberi gelaran ‘al-Faruq’ oleh Rasulullah s.a.w, yang bermaksud ‘yang dapat membezakan antara baik dan buruk’.

Beliau memiliki tubuh yang tegap dan gagah. Pada bahagian bawah kedua-dua mata Umar al-Khattab terdapat tanda lengkuk, seperti bekas mengalir air.

Pada setiap malam beliau akan menangis merasa takut akan Allah dan dosanya yang lalu. Terutamanya apabila beliau membaca surah al-Muthaffifin: 6.

Umar al-Khattab adalah satu-satunya sahabat yang bernama ‘Umar’ dengan ejaan عمر.

Sedangkan sahabat-sahabat lain yang bernama Umar, Rasulullah s.a.w meminta dipanggil dengan nama ‘Amru’ – ‘عمرو’ – dengan menambah huruf ‘و’ di belakang; sebagai penghargaan istimewa buat Umar al-Khattab.

Umar memiliki dua puteri dan lima putera, daripada isterinya yang bernama Zainab binti Mazh’un lahirlah Abdullah, Abdurrahman, Hafshah dan Ruqayyah. Dari isterinyan yang bernama Ummi Kulsum bin jarul lahirlah Zaid al-Ashgar dan Ubaidillah. Dan dari isterinya yang bernama Jamilah beliau memiliki seorang lagi anak lelaki bernama Ashim.

Umar al-Khattab seorang yang sangat berani, tegas, berpendirian teguh, berpandangan jauh dan banyak pekerti baik yang lain.

Keberanian beliau sangat terserlah semasa peristiwa umat Islam berhijrah ke kota Madinah. Beliau telah mencabar kaum kafir Quraisy untuk menghalangnya termasuklah tokoh-tokoh dan para pembesar Quraisy. Bahkan beliau melakukan tawaf secara terbuka.

Beliau adalah Khalifah yang kedua selepas Saidina Abu Bakar, Umar al-Khattab memegang jawatan Khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari.

Beliau merupakan pemimpin yang sangat jujur, zuhud dan sangat mementingkan kesejahteraan rakyat berbanding diri sendiri.

Dari awal pemerintahannya sebagai khalifah, Umar al-Khattab membuat undang-undang; ‘dari mana kamu mendapat harta ini?’.

Beliau tidak mahu umat Islam (terutamanya golongan pemimpin) memperolehi harta dari sumber dan cara yang haram. Umar al-Khattab juga tidak mahu para pemimpin mengumpulkan kekayaan.

Contohnya, jika seseorang gabenor itu mempunyai dua helai pakaian semasa dilantik, maka setelah berhenti kelak dia mesti mempunyai dua helai pakaian itu juga. Malah lebih baik jika ada sehelai saja sewaktu berhenti.

Ramai para sahabat, terutamanya yang memegang jawatan gabenor seperti; Abu Hurairah, Saad bin Abi Waqas, Amru bin al-Ash, Muadz bin Jabal, dan yang lain-lain ‘ditarik harta’ mereka semasa pemerintahan Umar al-Khattab. Ini kerana harta-harta mereka digunakan untuk Islam dan membantu rakyat.

Khalifah Umar al-Khattab tidak akan makan daging sehingga semua rakyat di bawah pemerintahannya makan terlebih dahulu.

Semasa memegang jawatan sebagai khalifah, Umar al-Khattab tidak tinggal di rumah bahkan hanya tidur dan berehat bawah pokok kurma di siang hari.

Beliau hanya mengenakan cukai terhadap penduduk yang kaya dan mewah, dan dikecualikan kepada golongan yang miskin.

Umar al-Khattab meninggal dunia pada 27 Zulhijjah tahun ke-23H ketika sedang mengimani solat Subuh.

Beliau telah ditikam sebanyak tiga kali oleh Abu Lu’luah seorang lelaki berketurunan Parsi.

Mengenai umurnya ketika meninggal: ada yang mengatakan dalam usia 50 tahun, ada yang menyebutkan dalam usia 57 tahun, yang lain mengatakan 60 tahun, ada lagi yang mengatakan 63 tahun dan sebagainya.

sumber : Tazkirah.net

Kisah Saidina Umar memarahi seorang lelaki kerana perut buncit
Ada beberapa hal yang menyebabkan kita harus menjaga agar perut tetap ideal, yaitu:

Rasulullah Saw Berperut Six Pack
Dari Al Hasan beliau berkata: “Rasulullah itu memiliki dada yang lebar. Antara perut dan dada beliau itu sama. (HR. Thabrani)

Rasulullah Saw sebagai panutan saja memililiki perut six pack, tentunya kita umat beliau tidak pantas kalau memiliki prut yang gendut. Selain menjag perut yang ideal itu terlihat lebih bagus juga memiliki nilai sunnah karena Rasulullah Saw selalu mejaga agar perut tidak semakin gendut dengan senantiasa menjaga makanan dan puasa.

Perut Sumber Penhyakit
Sudah beratus tahun yang lalu dan sebelum adanya teknologi modern, Nabi kita Muhammad Saw telah memeberikan keterangan tentang sumber penyakit itu berasal dari kotoran menumpuk di dalam perut kita. Hal ini sesuai dengan hadist Rasulullah “Sumber dari pada penyakit adalah perut. Perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah obat” (HR. Muslim).

Azab Allah
Suatu ketika Umar bin Khattab bertemu dengan salah satu shahabat yang berperut buncit, beliau memegang perutnya dna berkata, “Apa ini?”. Sahabat menjawab “Ini kurnia dari Allah SWT”. Dengan nada marah Umar bin Khattab berkata, “Ini azab dari Allah SWT, karena perut gendut menyebabkan orang malas beribadah dan perut adalah sumber penyakit”. Kemudian Sang Khalifah memberikan nasehat agar kaum muslimin mejaga makanan dan minuman agar perut tidak menjadi gendut.

Jelas sekali bahwa perut yang ideal tidak karena kita agar tampil menarik tetapi agar kita bisa mencontoh Rasulullah serta terhindar dari azab Allah SWT.

Add Comment