);

Takutnya saya Laki Kena Ambil, Rembat Laki Orang Hidup Tak Tenang,

Baru-baru ini, Instagram pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian ramai apabila beliau memuat naik gambar lama anak-anaknya bersama bapa mereka, Aidil Zafuan serta menyuarakan hasrat untuk membawa anak-anaknya menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan bekas suaminya itu.

Namun, semalam Rita ada memuat naik posting terbaru beserta status yang menimbulkan persoalan dikalangan netizen. Walaupun tidak dinyatakan siapakah individu yang dimaksudkan, rata-rata netizen menyifatkan status itu ditujukan kepada isteri bekas suaminya.

Rita juga turut meninggalkan komen pedas dengan mengatakan wanita yang mengambil suami orang, hidup akan diselubungi dosa dan mereka tidak akan tenang.

“Orang yang hidup diselubungi dosa ambil laki orang ni memang hidup dia tak tenang. Dok risau takut laki kena ambil. Sistur kesian hidup dia,” tulisnya.

Ruangan komen posting tersebut dihujani dengan pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata mereka bersetuju dengan kenyataan Rita mengenai wanita yang bergelar perampas.

Namun, ada segelintir netizen tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana bimbang ianya boleh mengeruhkan hubungannya bersama keluarga bekas suami.

Apa pun, mungkin kapsyen tersebut sebenarnya tidak membawa maksud apa-apa dan hanya berkongsikan tentang kehidupan. Netizen pula jangan la membuat spekulasi liar yang boleh memburukkan lagi keadaan.

 

Add Comment