);

Waspada, bahagian putih di kuku jari anda ternyata Boleh Mengambarkan Keadaan Kesihatan Anda.

Perasan tak pada hujung kuku kita ada tanda separuh bulat. Tanda dengan warna putih ini dipanggil lunula.

Ramai pengkaji berpendapat lunula mampu memberitahu keadaan kesihatan seseorang secara keseluruhan.

Sebagai contoh perubatan Cina mempercayai lunula yang kelihatan samar atau langsung tidak kelihatan pada jari memberi petanda seseorang itu mungkin mengalami masalah anemia dan kekurangan zat.

Manakala lunula yang berwarna pucat atau kebiruan boleh memberi indikasi masalah kencing manis. Sementara lunula dengan kesan merah pula adalah signal kepada masalah kardiovaskular.

8-10 lunula tanda tubuh sihat

Perubatan tradisional Cina juga percaya bahawa lunula turut menunjukkan tahap kecergasan tubuh seseorang. Lunula akan kelihatan jelas jika seseorang itu cergas dan bertenaga. Ia akan kelihatan samar bila tubuh kekurangan zat dan lemah.

Mereka yang mempunyai tubuh yang sihat dikatakan mempunyai 8 hingga 10 lunula berwarna putih pada jari-jemari di kedua belah tangan mereka.

Jika pada jari anda hanya ada sedikit lunula bermakna tenaga fizikal di tahap renda rendah dan mungkin mudah jatuh sakit.

Sila perhatikan lunula pada jari anda, adakah ada persamaan dengan apa yang disebutkan di atas tapi untuk pengesahan kesihatan dengan lebih tepat sebaiknya berjumpa dengan doktor.

www.healthylifetrick.com

VIDEO:

Add Comment