);

Doa bagi mengelakkan kemurungan berbahaya yang berpunca dari faktor-faktor keduniaan, maka bacalah dan amalkan doa ini- perkongsian Daripada Dr Zaharuddin Abd Rahman

Kemurungan yang serius yang boleh mendorong pesakit membawa kepada kematiann melalui bunuhh diri atu apa-apa tindakan yang boleh membahayakan diri sama ada secara sedar atau tidak adalah suatu jenis ‘penyakit’ yang merbahaya. Antara puncanya adalah terlalu berat perhatian, tumpuan, kerisauan terhadap hal-hal berkait urusan dunia yang tidak diperolehi seperti yang diingini.

Sebagai umat Islam, bagi mengelakkan kemurungan berbahaya yang berpunca dari faktor-faktor keduniaan seperti ini, maka bacalah dan amalkan doa ini …

اللَّهُمَّ َلاَ تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا ، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا

Ertinya :
Ya Allah janganlah Kau timpakan musibah pada agama kami, dan janganlah juga Kau jadikan dunia ini sebagai sebesar-besar KERISAUAN & TUMPUAN kami serta (janganlah Kau jadikan) pengetahuan kami mengenai dunia semata-mata, dan janganlah Kau biarkan orang yang tidak mengasihani kami menguasai kami’

Doa ini dipetik dari doa yang lebih panjang, sumber doa adalah hadis riwayat Al-Tirmidzi bertaraf Hasan.

Sama-sama juga berdoa agar kita diberi panduan berterusan, kesabaran dan kekuatan terutamanya apabila behadapan dengan pelbagai ujian..

#DrZaharuddinAbdRahman

—————

 

Add Comment