);

“Ajaibnya Surah Ar Rahman ”- Gadis Kongsi Tips Dapat Pointer 4.00 Dan Vice Chancellor Award.

Bagi seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran di univrsiti sudah pasti mengimpikan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan demi mendapat segulung diploma atau sijil.kejayaan itu sudah pasti perlu disulam dengan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu sama ada secara rohani mahupun jasmani.Selepas itu barulah bertawakal kepada Allah.

Seperti seorang graduan yang bernama fynazailani beliau kongsikan tips kejayaannya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang sebagai panduan kepada pelajar-pelajar yang lain.Ini Barulah kita boleh panggil “Beauty With Brain”

Oh tetiba teringat few tips I can share with all of you. Time study pasang surah Ar Rahman on youtube ke mana mana lah. InshaAllah apa yang you hafal tu dipermudahkan. Surah Ar Rahman is sooooo magical. If tak sempat baca, you can play in apps or youtube. Tak putus putus nanti rezeki untuk you .

And please score kat your carrymarks. I tahu i akan barai time final nanti sebab chapter banyak gila nak cover so I struggle to score more on my test quiz presentation and report. graduated my diploma on 2017 and set my goals to achieve VCA again for degree. It’s so hard and finally… I made it. Nak nangis.

And dont play Twitter while studying. Put your phone away, macam i dulu letak phone kat bilik member haha. Focus time study for 45 mins (NO PHONE ALLOWED) then rest 10 mins 🙂

Perkongsian ini juga doskong oleh beberapa netizen yang mengamalkan perkara yang sama.

Sis, i setuju gila sis!!!! Time study i pasang surah Ar Rahman. Lepastu kalau ada masa (before exam pun) i akan buat solat dhuha lepastu i doa, kurniakan keputusan cemerlang untuk sem ni. Then buat solat sunat before solat subuh. Finally, dapat dekan untuk sem2 and sem3.

The surah tip really works!! Sgt soothing utk belajar.kenapa ada yg bitter pasal her cgpa? Biarlah 3.7 ke 4.0 ke, ingat senang ke nak ANC?

Sumber: fynazailani

‘Keputusan Straight A’, Semua Anaknya Berjaya – Cikgu Ini Dedah Cara Ibu Ini Didik Anak-Anaknya Di Rumah

Sis beruntung hari ni sebab dapat interview ibu kepada pelajar ini. Pelajar lelaki melayu, disaat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen.

Alhamdulillah ada seorang yang bersinar.

so sis nak kongsi dengan rakan-rakan la kan apa tips maknya ye memandangkan semua anak-anaknya 4 orang berjaya (ini yang bongsu):

(1) Anak-anak tak dibenarkan belajar dalam bilik masing-masing.. semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu.
Reason : duduk dalam bilik kita tak nampak dia buat apa.. betul ke tak belajar.

(2) Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing-masing duduk dimeja makan.

(3) Pukul 10 masuk tidur

(4) Tak benarkan anak-anak keluar rumah lepak dengan kawan. hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan utk melepak.

(5) Keluar mesti dengan ibu bapa. Alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sendiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik untuk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yang betul.

(6) Ayahnya serius tapi baik,bayah tak pernah pukul/cubit anak. Yang dibenarkan mak sahaja. (Ayah dia tunggu dalam kereta tak dapat naik sabab parking penuh, rugi tak dapat intview sekali😂)

(7) Kena mula dari darjah 1, Pukul 8 mlm terus duduk dimeja. Jadi sudah terbiasa. Bila sekolah menengah dah tak perlu suruh, anak automatik pegang buku jam 8 malam.

(8) Tak pernah pergi tusyen. Jika tak faham kena tanya kawan yang lebih pandai disekolah.

Sis tanya lagi, anak puan ada diberikan handphone? internet? maknye jawab. Ya bagi cikgu.. petang-petang dia main game. Kena bagi jugak tak boleh sekat. Saya faham dia remaja. Kita tak nak dia memberontak. Asal dia tak melepak sudah. Kawan-kawan dia datang rumah kami main game tapi anak saya takkan keluar dari rumah. Saya kenal semua kawan-kawannya.

Ayat last sekali maknya memang power:

“cikgu, apa-apa pun asasnya dari rumah dari ibu bapa. Saya tak boleh nak harapkan cikgu saja, cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu”

Sis angguk-angguk.. .oooo.. betul-betul…Terima kasih puan sudi datang dan share dengan saya. Kirim salam ayahnya.. humble ibunya, no wonder anaknya sangat menghormati guru😊

#hariterbuka
#cikgupunadaanak

Sumber : Ummu Al Fateh

 

Add Comment