);

Suami cakap main lepas ! Lebih Mendera Emosi Isteri, Hal ini boleh robohkan Tiang rumahtangga.

Sakitnya hati isteri bila suami asyik cakap lepas, tengking2 dan mengeluarkan kata2 tomahan, Boleh kemurungan tahap tertinggi dibuatnya.

Nak harapkan pujian, jauh sekali, apatah lagi doa yang keluar dari mulut suami. Cuma hinaan yang hari semakin hari menjadi luka parah dalam hati isteri.

Pengalaman mengendalikan klien yang berdepan masalah suami jenis mulut tak berlapik ini, buatkan peguam Syarie, Mohd Azlin Bin Mohd Razali. Perunding Keluarga Islam tergerak untuk berkongsi nasihat.

AMARAN ! ya suami dengan kata-kata kesat dan kasar boleh melukakan hati seorang isteri.

TERSEKSA SI ISTERI PABILA SUAMI CAKAP TAK LAPIK.

Kau ne Si*l laa, Kau B*d*h laa,

sori kalau posting kali ini dengan ayat macam ne.

Bagi pendapat anda kasar tak ayat macam ini bagi anda ?
Mungkin bagi setengah pendapat tak la kasar sangat kalau di ucap kepada kawan2 sambil bergurau kan ?

Namun realiti, Itulah kisah yang dikongsikan salah seorang wantita pada sesi consultation beberapa hari lepas. ayat pertama yang keluar dari beliau pada masa ssi tersebut adalah saya da masalah dengan suami, saya TERTEKAN dengan suami.

Saya hadapi tekanan perasaan bila suami seka gelar saya B*doh dan dengan perkataan lain yang buruk dan negatif.

Beliau beritahu tak tahan bila digelar B*doh dan beberapa perkataan lain yang tidak sedap di dengar.

Sejujurnya, perkataan macam ini saya dah biasa dengar malah ada yang lebih teruk dan lebih biasa daripada ini yang pernah dikongsikan client saya. Apa pun jenis perkataannya, yang buruk dan yang herdik pastinya menusuk terus ke hati. Mana kan tidak, pasangan sendiri yang ucapkannya.

Telinga isteri sakit apatah lagi hatinya.

Perkataan dan makian yang di terima telah memberi kesan tekanan pada si isteri. Telinganya sakit, hati pun lagi la. dah bertahun2 lamanya saya mendengar. makin lama makin tak sedar perasaan hormat dan sayang pada suami hilang.

Asbab dari mulum suami, hubungan mereka semakin teruk. Komunikasi makin parah, pergaduhan kerap berlaku. Hubungan mereka mula suram tidak seperti dulu semuanya bermula dari perkataan B*doh.

kalau nk ceritakan memang ceritanya panjang, kalau saya nak tulis memang panjang, perbincangan kami saja makan masa hampir 2jam, Lama Tak ? Sesi consultation memang ambil masa lebih kurang macam tu. Lagi kronik masalah client lagi lama lah masalahnya.

Ambil Langkah Ini Jika Suami Pendera Emosi Isteri.

saya kongsikan pada beliau langkah2 yang perlu di ambil. Langkah demi langkah ikut keapda kesesuaian kes. Antaranya saya cadangkan :

Boleh mulakan dengan aduan keluarga di pejabat agama dahulu dan lihat apa tindak balas selepas sesi kaunseling dijalankan.

Kemudian barulah ambil langkah seterusnya sesuai dengan keputusan kaunseling tersebut.

Apa yang dihadapi wanita ini ianya dinamakan sebagai penderaan secara mental. belaiu hadapi tekanan pada emosi, batin dan mentalnya. Ianya sebenarnya lebih parah berbanding penderaan datau keganasan secara fizikal. Ia seperti anai-anai yang memakan kayu secara perlahan-lahan. secara tidak sedar tiang rumah reput dan merobohkan sebulan rumah. Itu analogi yang boleh digambarkan.

Para suami elakan wujud perkataan buruk, cacian atau seumpamanya dalam rumahtangga. Ia sesuatu yang sangat tidak sihat. Nampak macam tiada kesan apa-apa sebab hanya cakap saja. tapi sebenarnya kesan sangat besar kepada rumahtangga dan ianya tidak nampak ketika itu. Jika tidak sibndung, rumahtangga pula boleh berantakan.

Semoga bermanafaat.
Wallahualam.

Sumber dan foto : Perunding keluarga Islam- Mohamad

Add Comment