);

Amalan Dan Kisah Peristiwa Israk Dan Mikraj Malam 27 Rejab

Pintu rahmat terbuka luas untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas yang perlu dikerjakan dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya.

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Amalan Malam Rejab

1. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih.

2. Berdoa.

3. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.

4. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

5. Solat Sunat Tahajjud 2, 8 atau 12 rakaat.

6. Solat Sunat Tasbih,

7. Solat Sunat Taubat.

8. Solat Sunat Witir.

Pelbagai lagi ganjaran yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”

Kisah Peristiwa Israk Dan Mikraj Malam 27 Rejab

Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj).

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di‘Israk’kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di‘Mikraj’kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntahauntuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya:

peristiwa Israk dan Mikraj Nabi itu ialah roh dan jasadnya sekali. Bukannya roh saja atau mimpi. Peristiwa agung itu berlaku setahun sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah iaitu bersamaan dengan tahun 721 masihi ketika Baginda dan sahabat berada dalam tekanan kuat daripada golongan musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Video Ceramah :

 

 

 

Add Comment