);

Cara Perubatan Islam Mengubati Stroke yang Terbukti Berkesan

Kalau pesakit stroke ni bawa pergi hospital, doktor pun tak boleh buat apa dah. Doktor akan suruh pergi physio ja(senaman) setiap minggu, takda seorang pun yang sembuh lagi ikut cara tu.Sebenarnya strok  disebabkan oleh sejenis  jin yang di namakan jin “ahmar”.

Dalam pengalaman penulis merawat pesakit-pesakit stroke atau angin ahmar ini, pendarahan (haemorrage) atau pembekuan (blood clot) adalah kesan sakit stroke. Punca kepada pendarahan dan pembekuan ini adalah disebabkan oleh sejenis makhluk halus atau sejenis jin yang di namakan jin “ahmar”. Jin ahmar ini selalunya akan masuk kedalam badan pesakit dan menyerang otak dan urat saraf pesakit. Selalunya ia akan menyerang salaran darah pesakit dan mengakibatkan pendarahan atau pembekuan darah di dalam otak pesakit. Didalam setiap pesakit angin ahmar ini selalunya terdapat diantara 20 hingga 30 jin ahmar yang menghinggap di dalam otak dan urat saraf pesakit.

Sintom – Lumpuh bahagian badan seperti sebelah badan kiri atau kanan atau separuh bahagian badan ke bawah dari pinggang ke kaki, atau tangan sahaja.

– Kehilangan keupayaan bercakap atau bertutur.

– Lupa atau “memory loss”

– Muka atau mulut senget sebelah.

– Penglihatan terjejas

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT STROK ATAU SAKIT ANGIN AHMAR:

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu dan saya perlu sentuh badan pesakit sebelum memulakan amalan-amalan ini. Jin-jin ahmar mesti di keluarkan dahulu dari dalam badan pesakit sebelum meneruskan perubatan.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Syu’araa’ ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga 50, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

1. Surah Al-Israa’ ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Kelima dan Keenam:

1. Surah Al-Hasyr ayat 18 hingga 24, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-rad ayat 19 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

 

Add Comment