);

CARA MUDAH DALAM MEMBACA AL-QURAN

CARA MUDAH DALAM MEMBACA AL-QURAN: Menghafal al-Quran akan memberi banyak manafaatnya, terutama dari segi meningkatkan kemampuan otak. Bagaimana untuk membaca dan menghafal al-Quran supaya mudah diingat?

Kelebihan menghafal al-Quran

Al-Quran telah menjadi pusat kehidupan para pendahulu kita (center of our predecessors lives).

Keutamaan mereka adalah menghafal dan mengkaji al-Quran, sebelum mereka memulakan pelajaran lain.

Ulama-ulama besar dari zaman kegemilangan Islam seperti Ibn Sina dan Ibnu Rushd memulakan pelajaran mereka dengan menghafal al-Quran.

Ini mungkin menjadi rahsia kepada kejayaan mereka dalam bidang sains dan teknologi.

Al-Quran bukan hanya membangunkan hubungan mereka dengan Allah secara spiritual, bahkan juga menambahbaik hubungan sel-sel otak lalu menambah fokus mereka.

Dalam satu artikel oleh Mohamed Gihlan, seorang neurosaintis muslim, dia menyebut bagaimana mempelajari al-Quran dapat membantu menambahbaik fungsi-fungsi otak.

Dia menyimpulkan bahawa:

Dengan meletakkan kesemua ini bersama-sama, dari sudut sejarahnya, tidak hairanlah orang Islam dahulu mampu memberi sumbangan besar kepada ilmu pengetahuan manusia dalam masa relatifnya adalah singkat.

Selepas seseorang pelajar berjaya menguasai al-Quran, maka pelajarannya dalam bidang-bidang sains yang lain pun bermula seawal umur remaja. Dek kerana otak mudah dibentuk, hubungan yang bertambah baik di satubahagian otak akan memberikan kesan kepada kawasan-kawasan otak yang lain secara tidak langsung.

Proses mempelajari al-Quran pada tahun-tahun sebelumnya itu telah melatik otaknya untuk menambahbaik fungsinya berkaitan persepsi visual, bahasa, memori bekerja, pembentukan memori, proses bunyi, perhatian, belajar kemahiran, menahan diri dan juga perancangan; sekadar menyebut beberapa perkara sahaja.

Sekarang bayangkan apa yang individu seperti itu mampu lakukan jika mereka mempelajari apa jua cabang ilmu.

Jadi, masuk akallah bagaimana seseorang seperti Imam al-Ghazali mempelajari falsafah Yunani pada masa lapangnya sahaja dan mampu menguasainya dalam masa hanya dua tahun.

Al-Quran adalah buku petunjuk kerohanian terbesar bagi seorang Muslim.

Saya selalu terbayang bagaimana hidup saya jika tiada al-Quran.

Sudah pasti saya akan tersesat. Kosong, sesat dan keliru.

Ia adalah satu keberkahan daripada Allah bahawa Dia telah memberikan kita kitab ini untuk membantu kita mengekalkan fokus kita daripada terganggu dengan segala perkara di sekeliling kita.

Allah berfirman di dalam al-Quran:

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Surah al-Israa’ ayat 9

Al-Quran perlu menjadi pusat kepada sistem pelajaran kita dan rutin harian kita.

Apabila kita menjadikan al-Quran sebagai pusat kehidupan kita, kita akan mampu mencapai zaman kegemilangan yang dahulu, sekali lagi.

Seorang profesor bukan Islam pernah menerangkan kepada pelajar-pelajar dalam kelas sejarah sains:

“Jika bukan kerana masalah politik dan pertelingkahan yang berterusan antara satu sama lain, orang Islam mungkin telah menjejak bulan pada tahun 1400-an

Artikel ini akan berkongsi dengan anda tips-tips mudah kaedah membaca dan menghafal al-Quran secara produktif.

CARA MUDAH PRAKTIKAL MEMBACA & MENGHAFAL AL-QURAN

 

1. Buat temu janji dengan al-Quran.

Lakukan janji temu ini setiap hari pada waktu tertentu. Hormati temu janji ini seperti kita akan hormati temu janji dengan seorang yang terkenal.

2. Berikan 30 minit.

Luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk al-Quran setiap hari. Bukan lima muka surat, atau satu halaman atau 20 minit, tetapi 30 minit penuh. Terdapat disiplin dan keindahan di situ apabila kita duduk dan memaksa diri untuk membaca sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih.

Jika 30 minit adalah terlalu senang bagi kita, maka buatlah selama sejam. Jika sejam pun masih mudah, maka buat dua jam. Uthman bin Affan RA berkata: “Jika hati-hati kita suci, maka kita tidak akan pernah bosan membaca al-Quran”.

3. Hafal al-Quran

Menghafal al-Quran adalah suatu penghormatan dan ia tanda kemuliaan dalam kalangan muslim. Jadikan menghafal al-Quran misi peribadi kita, tidak kira berapa lama masa yang akan diambil. Ramai daripada kita, tidak mungkin fikir “sudah terlalu lambat” untuk menghafal.

Namun, walaupun proses menghafal ia amat mencabar untuk orang dewasa berbanding untuk kanak-kanak. Allah telah memberi jaminan kepada kita semua dalam al-Quran:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

— Surah al-Qamar ayat 17

4. Dapatkan sokongan guru

Jangan cuba untuk menghafal al-Quran sendirian. Ia akan menjadi tersangat sukar buat kita dan kita mungkin akan menghafalnya secara salah jika tiada panduan yang betul. Bahkan tanpa seorang guru, kita akan lebih sukar untuk berdisiplin.

5. Hafal dulu, Ulang kaji kemudian

Salah satu ketakutan orang ramai ialah mereka cepat terlupa apa yang telah mereka hafal. Nasihat saya adalah berikan komitmen selama satu sehingga dua tahun untuk menghafal al-Quran sahaja, tanpa perlu risau tentang ulang kaji (revision).

Kemudian, luangkan lagi msa tiga tahun untuk membuat ulang kaji hafalan. Kaedah ini telah diuji di sebuah pusat penghafalan al-Quran di Jeddah, Arab Saudi dan hasilnya sangat menakjubkan. Ramai orang dewasa lebih kekal ingatan mereka bila melakukan teknik ulang kaji ini selama tiga tahun tersebut.

6. Pelajari makna al-Quran

Memahami al-Quran adalah satu perkara:

— Belajar tentang maksud ayat-ayat dan konteks ia diturunkan, serta bagaimana kita boleh mengaplikasikannya dalam hidup kita adalah sesuatu yang berbeza.

Cuba luangkan masa 10 minit setiap hari untuk membaca beberapa muka surat kitab tafsir yang terkenal.

Jadikan diri kita seorang yang bertanggungjawab dengan berjanji untuk mengajar ahli keluarga atau kawan kita apa yang sudah kita pelajari.

Atau halaqah di rumah atau di surau berdekatan, di mana kita yang bertanggungjawab untuk menyampaikan tafsir al-Quran tersebut.

Lebih-lebih lagi, mempelajari tafsir dengan ulama atau guru adalah cara terbaik untuk memahami syarahan al-Quran dan memahami aplikasinya dalam dunia moden ini.

7. Hafal al-Quran setiap hari
Adakan slot 30-45 minit pada waktu pagi selepas solat subuh untuk menghafal. Apabila kita telah menghafal, luangkan masa pada hari itu mengulang kembali ayat-ayat yang dihafal ketika kita sedang memandu atau ketika sedang solat. Kemudian, duduklah bersama guru atau pasangan kita, atau rakan, dan bacakan depan mereka ayat-ayat yang telah dihafal tadi.

8. Belajar Tajwid.

Sedar tidak sedar, alunan al-Quran itu sendiri adalah salah seni terhebat yang boleh kita lakukan. Untuk baca dengan mahraj betul dan mempertingkatkan keindahan bacaan al-Quran, kita mesti belajar hukum tajwid.

Keindahan alunan bacaan ayat suci Al-Quran akan pudar tanpa hukum tajwid yang betul. Oleh itu belajar dan amalkan hukum tajwid yang betul. Yang terbaik pastilah dengan belajar secara berguru. Jika tidak sempat berguru, kita boleh memudahkan pembelajaran tajwid kita dengan menggunakan Al-Quran yang hukum bacaannya dicetak dalam warna berbeza.

Ini dapat membantu memudahkan kita mengenalpasti sesuatu hukum bacaan dengan mudah.

Penutup: Paling penting adalah kita mesti konsisten
Sentiasa konsisten setiap hari dan setiap masa dalam membaca al-Quran, supaya kita semakin mahir. Practise makes perfect. Tiada yang boleh menggantikan disiplin ini.

InsyaaAllah, pasti Allah akan memudahkan segala gerak kerja kita dalam mengapai redhanya.

 

 

Add Comment